BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Perubahan.

Ubah? Apa? Bagaimana? Kenapa? Dekat mana? Siapa? Sambil merenung ke anak mata sendiri di sebalik pantulan spektrum cermin yang berada di depan. Mereka yang jauh , tidak merasa apa terjadi pada diri ku. Tak mengapa. Kata pada diri. Aku berubah bukan utk memuaskan hati sesiapa. Aku berubah kerana Allah , kerana keluarga dan terakhir sekali kerana diri aku sendiri. Tidak perlu menilai segala apa yang aku lakukan. Aku hanya melaksanakan segala amanah. Sementara kudrat masih ada. Apa jua aral melanda , aku cuba gagahkan diri. Kuatkan semangat. Terima kasih , hati. Terlalu cekal dan tabah dgn segala tomahan. Terima kasih , semangat. Sentiasa ada walau keadaan haru biru. Terima kasih , kudrat. Tidak pernah menunjukkan sakit dgn bermacam ujian. Sabar. Sabar. Sabar. Janji Allah itu pasti.
Entahlah. Adakalanya , mengeluh juga aku saat sendiri. Dunia ini tidak adil bukan? Semakin kita ingin berubah ke arah positive. Pasti ! Pasti ada hasutan negative yang menghalang. Sampai bila kita harus begini? Kenapa dunia ini tidak adil?
Sepi. Jangan acapkali sendiri. Bila kita sudah temui ketenangan semasa seorang. Kita sudah tidak mahu tahu tentang diskriminasi dunia. Kita dgn cara kita. Mereka dgn cara mereka.
Kuat. Jangan biarkan diri kita di kawal negativity. Ini semua mainan duniawi semata. Ini semua lakonan di pentas dunia. Opera hidup yang sering terjadi. Siapa hebat dia menang. Siapa lemah akan terus di tindas.
Tidak kira apa jua cara , kita mesti buat dunia ini adil terhadap kita. insan yang sering di tindas. mengeluh sekali lagi. macam mana? andai aku sendiri yang inginkan perubahan. sedangkan mereka lebih senang berada di atas. mentertawakan aku. pijak. dan terus di pijak. Hargai sementara masih ada. Jangan di kenang , jangan di ratap jika telah hilang kelak. Yang menghilang tak di cari , yang bekerja di marahi , yang mengular di sanjung tinggi , yang berhempas pulas di ketepi.
Aku. Akan teruskan misi dan visi sekian lama akan pendam. InsyaAllah. Suatu hari nanti. Biarlah aku sekadar pencacai. Apa yang penting , terus mencari keberkatan dalam setiap rezeki yang di beri oleh Dia. Hanya pada Mu , aku bersujud. Permudahkan segala urusan di alam fana terbentang luas tidak bertepian.



" I can give you high blood pressure just on the phone by 
criticizing you. 
On the other hand, I can send a tweet to somebody in 
China and give them a dopamine hit. " - Deepak Chopra

BELANTARA KONKRIT.

Satu situasi di mana semua orang berpusu pusu mengejar nama hingga lupa akan erti sebenar hidup sebelum mati. Di mata semua orang , aku mungkin di lihat seperti seorang yang gagal. Tapi , hakikat jalan hidup yang aku lalui , aku bangga dgn apa yang aku lakukan. Tidak perlu aku memuaskan hati manusia yang tidak pernah tahu akan perit yang aku lalui. Tidak peduli akan mulut mulut yang menghina dan mencaci. Jalani hidup tanpa hati dan perasaan. Hidup untuk diri sendiri. Bukan kerana manusia yang tidak reti menghargai. Sudah penat aku memikul beban sebegini. Tidak mampu dan berdaya lg untuk teruskan langkah. Setelah beberapa purnama aku menung sendiri , aku perhati si lintah dan buaya di darat , sekeliling aku terokai ular besi membawa semut ke tempat kerja. Dalam diam tanpa semua perasan , si khinzir semakin lama semakin gemuk meratap riba. Sudah ! Jgn cuba mengaum bila datang tempat kami. Jgn pasal besar mulut bat kami kecil hati. Taktahu bertanya. Mana salah nya menyoal? Mana silapnya menegur? Penat . muak. Tiap hari tengok lakonan drama watak duniawi yang sibuk nak jadi hero. Nak tunjuk kehandalan. Nak tunjuk kekuatan. Aahhh ! Sudah lahh , aku cuma duduk sini untuk lepak chill layan hal aku. Yang pelik , ada sesetegah nak tanya apa hal aku? Dahh takpayah nak semak. Semua nak sentuh isu , dah tuu siapa nak cerita ttg isu dingin? Visi 2020 kini aku memerhati. Erti sebenar , hidup ini sebelum mati.