BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

PECUNDANG.

hutan batu penuh cabaran. aku melangkah sedikit demi sedikit. niat dari mula untuk menjadi manusia. tapi akhirnya sia - sia. sangkaan ku salah , semuanya melingkar ke arah berasingan. buntu aku mengikut arah. menetukan tujuan semula. terlalu jauh aku hilang dari landasan. Ibu , maaf ! tidak mampu membawa pulang segulung sijil yang diharapkan. bukan tidak aku cuba untuk berjuang. hingga aku di cerca bersama khalayak. manusia tidak selamanya sabar. aku bukan penyabar. aku pantang di cabar. akhirnya , aku tewas dgn matawang. ringgit. duit. aku bukan orang senang. masih lagi terbuku dalam hati ingin menyenangkan orang tua ku , adik dan abang. biarlah aku makan bercatu. ingin aku melihat mereka tertawa bahagia. berat. beban. dugaan. tak mampu utk aku pikul. pada siapa ingin aku luahkan? mengeluh aku dgn diri sendiri. bercerita aku pada diri sendiri. kapankah semua ini akan berakhir? ku tulis sebuah cerita , kisah tentang hidupku. hidup sebagai Budak Jalanan. dimana pengakhiran cerita perlu di ketahui. berjayakah atau kecundang? tiada metafora aku gunakan. cuma bahasa kiasan biasa. agar mudah difahami. mengertikah kalian tentang hati ku? fahamkah kalian dengan bahasa ku? aku masih berusaha. berusaha untuk mengubah segala. tahun depan menjadi titik nokhtah tentang hidup ku.