BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

@.@

sambil menaip sambil melayan lagu post-core. paranoid ! tu yg aku rase , tu yg jadi kan aku. paranoid pasal ape? aku sendiri taktahu. mana kesahihannye. mana kebenaran nye. aku tersandung. aku terjatuh ssehingga aku hampir mati. ada ke sesiapa yang tahu? TIDAK! mereka lihat aku tersenyum , gelak tawa bagai tiada duka. pada siapa harus aku mengadu nasib? pada Tuhan yang satu. tu saja tempat aku bergantung. utk aku berpaut. hingga ke nafas yg terakhir. aku seorang anak yg tidak tahu kemana lg arah tuju. tidak tahu akan masa depan yg cerah atau kelam. aku seorang yg tidak tahu sama ada memberi yg negatif atau positif. layak atau tidak menasihat antara satu sama lain. aku yg buta. aku yang tuli. aku hidup terlalu mengikutkan mood. tanpa ada inisiatif utk melawannya. hingga ke hari ini. aku terbayang akan seorang ayah yg terlalu mempercayai ku. aku terfikir sejenak akan kasih seorang aku yg menerima segala baik buruk aku. aku terkenang akan abang yg bersusah payah bersengkang mata menahan lapar dahaga. aku teringat akan seorang adik yg menjadikan aku contoh utk dia terus melangkah walau berkali aku terjunam. kini berkumandang suara penyanyi kumpulan Radiohead. sayu saja , tangkap leleh kata org melayu. tapii , langsung tidak mampu aku menghayati. hati menangis. hati pedih. di sembunyikan segala dgn senyuman agar tiada siapa mengerti akan nasib diri ini. mencari erti kehidupan. mencari diri yg kelam. benar. satu titik hitam dalam diri ini adakala menguasai hingga lalai. sehingga aku leka di telan indahnya dunia. jahanam ! aku hidup ini menyusahkan semua? darah muda mengalir hangat. membara tanpa tujuan yang pasti. kembalikan segala rasa ku. kembalikan segala sisa hidup ku. aku mahu gembira seperti yang lain. aku mahu tersenyum seikhlas yang mampu. pada siapa ingin aku luahkan? mereka tidak mengetahui cerita dari mulanya aku hidup. intisari hidup yang konon nya buat pedoman , lenyap entah kemana. hanya mampu di beritahu sedikit sebanyak mampu mengubah yang lain. aku yg tenggelam mendalam mengikut arus.

0 comments: